BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Operasi ladang dan kebun sawit dibenarkan


Kenyataan media Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi

 KUALA LUMPUR, 19 Mac-- Sebagaimana semua sedia maklum, Kerajaan telah mengisytiharkan Perintah Kawalan Pergerakan bermula dari 18 hingga 31 Mac 2020. Tindakan ini adalah sebagai usaha Kerajaan dalam membendung penyebaran wabak COVID-19 yang sedang melanda negara.

Kementerian sedar bahawa Perintah ini akan memberi implikasi yang besar kepada sektor perladangan dan komoditi khususnya pekebun kecil sawit dan getah. Kementerian juga mengambil maklum akan kepentingan industri sawit dan getah yang menyumbang kepada rantaian bekalan berkaitan penyediaan perkhidmatan perlu seperti pembekalan minyak masak dan pembekalan peralatan perubatan seperti sarung tangan (gloves) dan kateter (catheter).

Berdasarkan kepada kepentingan ini dan bagi memastikan bekalan adalah mencukupi setelah mendapat panduan umum Kabinet yang bermesyuarat semalam serta pengesahan pihak MKN, Kementerian memberi kelonggaran kepada sektor perladangan dan komoditi seperti berikut:

a) Membenarkan penuaian buah tandan segar sawit oleh syarikat perladangan dan pekebun kecil;

b) Membenarkan pemprosesan buah tandan segar dilaksanakan oleh kilang-kilang sawit;

c) Membenarkan pemprosesan minyak sawit mentah di kilang penapis untuk pengeluaran minyak masak bagi memenuhi keperluan pasaran tempatan;

d)  Membenarkan aktiviti penorehan getah bagi tujuan pembekalan bahan mentah untuk penghasilan produk peralatan perubatan seperti sarung tangan dan kateter; dan

e) Membenarkan aktiviti bagi sektor perkayuan beroperasi untuk memenuhi kontrak sedia ada yang telah dimeterai.

Semua pihak yang terlibat di dalam aktiviti yang dinyatakan tersebut hendaklah memastikan segala langkah pencegahan dan pengawalan penularan wabak COVID-19 dipatuhi termasuk meminimakan tenaga kerja dan pergerakan pekerja dengan menjarakkan sentuhan fizikal (social distancing) dan pulang segera ke rumah atau penempatan setelah selesai bekerja. Semua pihak diingatkan sentiasa menjaga kebersihan seperti membasuh tangan dengan sabun atau pencuci tangan (hand sanitiser).

YB Dato’ Dr Mohd Khairuddin Aman Razali
Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi
19 Mac 2020

SUMBER: Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Siti Hajar Zulkefle
Pegawai Komunikasi Strategik II
Unit Komunikasi Korporat (UKK)
Tel: 03-8880 3381/017-3915951
Faks: 03-8887 8205
Emel: hajarzulkefle@mpi.gov.my

--Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »