BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Nelayan Thailand lesap jatuh jeti

KUCHING: Seorang nelayan terjatuh dari kapal di Pelabuhan Perikanan LKIM Tanjung Bako kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Mangsa nelayan Thailand dikenali, Akson dipercayai terjatuh dan tidak timbul.
Pengawal keselamatan Pelabuahan Perikanan LKIM Tanjung Bako Aswanddy Ahmad berkata, beberapa pekerja kapal nelayan telah cuba mencari di sekitar kawasan jeti dan mendapati mangsa tidak timbul. 

"Saya menerima laporan dari pengawal swasta bahawa ada kejadian seorang nelayan telah jatuh dari kapal dan dipercayai tidak timbul.
"Saya telah segera pergi ke tempat tersebut dan mendapati beberapa orang pekerja kapal nelayan telah cuba mencari di sekitar kawasan jeti dan mendapati mangsa tidak timbul.

"Saya telah memaklumkan perkara tersebut kepada ketua penguatkuasa iaitu Masli Bojeng dan pengurus PPLTB Bobby Dallen ak Indoi berhubung nelayan terseut yang dilaporkan terjatuh pada jam 4.30 petang," katanya.

Kes telah diserahkan kepada pihak polis dan bomba untuk tindakan selanjutnya.

Pasukan mencari dan menyelamat kini sedang melakukan mencari mangsa yang terjatuh dari jeti tersebut.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »