BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Nelayan jual Ikan Benong di FB


Sarikei: Oleh kerana ikan terlampau banyak, seorang nelayan dari Sarikei mendapat perhatian netizen setelah beliau risau untuk menjual hasil tangkapannya.

Jimy Sapong, 58 tahun, seorang nelayan anak jati Bintangor yang berumahtangga di Sarikei pada mulanya berasa amat risau kerana ikan hasil tangkapannya terlalu banyak tidak terjual.

Difahamkan lebih 70 ekor ikan Benong termasuk ikan-ikan lain diperolehi oleh beliau pada petang Jumaat lepas. Ikan Benong atau nama lain "Ikan Kurau" (jika di Semenanjung) boleh didapati di perairan laut Sarawak.

Beliau yang pada mulanya risau hasil tangkapannya tidak terjual lantas memuat naik luahannya melalui laman sosial facebook petang semalam dan mendapat perhatian netizen. 

Dalam luahannya kebiasaan beliau menjual ikan di Pasar Minggu Sentral Market, Sarikei tetapi disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan menyebabkan beliau cuba untuk menghubungi pihak pemborong dan restoran. Namun mereka tidak dapat menerima kerana kekangan keadaan semada. 

Lantas selepas itu beliau mendapat idea untuk memuatnaik foto dan luahan menerusi facebook dan ikan-ikan tersebut habis dijual di halaman rumah beliau bertempat di Jalan Syariff Mashor, Sarikei

Untuk harga pasaran ikan Benong ini berharga sekitar RM50 sekilo dan beliau tidak dapat menyimpan terlalu lama ikan tersebut kerana risau akan rosak dan membusuk.

"Pagi ini saya akan turun ke laut lagi untuk mencari rezeki. Hanya itu sahaja sumber pendapatan yang saya ada sejak 25 tahun yang lepas" ujarnya.

"Bersyukur kerana setelah dimuatnaik dalam facebook, hasil tangkapan telah habis dijual dan amat berterima kasih kepada semua netizen kerana perihatin dengan kami mencari rezeki sebagai nelayan" katanya lagi

Dengan hasil wang jualan tersebut dapat membantu menyara keluarga beliau untuk membeli barang keperluan asas sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »