BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Nelayan hilang di laut


MIRI:Seorang nelayan dilaporkan hilang ketika keluar ke laut, di sini, pagi semalam.

Bertindak atas aduan Maritime Rescue Sub Centre (MRSC) Kuching pada jam 9.40 pagi,Maritim Negeri Sarawak telah mengaktifkan Operasi Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT) pada  jam 10.00 pagi.

Laksamana Pertama Maritim,Robert Teh Geok Chuan berkata, Maritim Negeri Sarawak dengan segera telah menggerakkan aset ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kes itu.

"Selain aset daripada Maritim Malaysia, operasi CARILAMAT ini juga disertai Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan orang awam yang terdiri dari komuniti nelayan setempat,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Katanya,mangsa yang dilaporkan hilang dikenali Kadri Tra berusia,71, dengan kali terakhir ditemui berbaju putih dan berseluar gelap semasa keluar ke laut. 

"Bot mangsa telah dijumpai pada jarak lebih kurang 1 batu nautika dari pantai Kuala Bakam.

"Pada semalam pasukan CARILAMAT telah melaksanakan operasi pencarian di kawasan seluas 10 batu nautika persegi membabitkan penglibatan nelayan setempat. 

"Usaha pencarian agak terhad kerana hujan lebat dan laut bergelora dengan ketinggian ombak mencecah hampir 3.5 meter,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »