BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Nelayan dibenar tangkap ikan


PUTRAJAYA: Menteri Kanan Datuk Seri Fadillah Yusof, golongan nelayan masih dibenarkan untuk keluar menangkap ikan.

Beliau yang juga Menteri Kerja Raya berkata, mereka (nelayan) disenaraikan sebagai ‘essential services’ yang dibenarkan beroperasi terutama untuk memastikan bekalan makanan kepada rakyat mencukupi.

Beliau menegaskan, nelayan harus mematuhi peraturan yang ditetapkan pihak berkuasa terutama polis serta mengikuti peraturan Kementerian Kesihatan Malaysia dalam penjagaan kesihatan.

"Kalau mereka tidak keluar, bagaimana kita untuk mendapatkan bekalan ikan.

“Bidang penting ini masih dibenarkan beroperasi tapi mesti ikuti segala garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan dan patuhi arahan pihak polis dan tentera," katanya pada sidang akbar di Perdana Putra di sini, hari ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »