BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Muhyiddin selesai menghadap Agong


KUALA LUMPUR, 9 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin selesai menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bagi mempersembah senarai barisan Jemaah Menteri baharu kerajaan.

Majlis menghadap di Istana Negara itu berlangsung selama kira-kira dua jam.

Kenderaan rasmi yang membawa Perdana Menteri kelapan itu dilihat keluar dari Istana Negara pada kira-kira 12.35 tengah hari.

Terdahulu, Muhyiddin, 72, tiba untuk majlis menghadap itu pada 10.47 pagi.

Menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri hari ini, Perdana Menteri dijangka mengumumkan senarai Jemaah Menteri pada 5 petang ini di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.

Pada 29 Feb, Al-Sultan Abdullah berkenan melantik Muhyiddin sebagai Perdana Menteri kelapan.

Ahli Parlimen Pagoh itu mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri di hadapan Al-Sultan Abdullah di Istana Negara pada 1 Mac.

-- BERNAMA

 



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »