BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Muhyiddin iktiraf Anak Sarawak


Pengiktirafan buat anak Sarawak, 11 MP sertai kabinet baru

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

KUALA LUMPUR : Satu pengiktirafan buat rakyat Sarawak dengan tercatatnya sejarah Malaysia hari ini, sebelas Ahli Parlimen Sarawak dipilih untuk menyertai barisan Kabinet dibawah kepimpinan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Lebih mengharukan apabila Dato' Sri Fadillah Yusof dilantik sebagai Menteri Kanan bersama tiga lagi Menteri Kanan yang memegang tugas membantu Perdana Menteri.

Fadillah menerusi kenyataan medianya berterima kasih di atas kepercayaan yang diberikan kepadanya untuk menjadi Menteri Kanan dan lapan lagi rakan Ahli Parlimen Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bersama-sama menganggotai Kabinet Persekutuan Kerajaan Perikatan Nasional (PN) + GPS, seperti diumumkan pada hari ini, 9 Mac 2020.

"Perlantikan ini bukanlah jawatan yang perlu kami megah-megahkan, sebaliknya ia adalah amanah besar demi rakyat dan negara, yang perlu kami galas dengan rasa rendah diri dan penuh rasa tanggungjawab.

"Perlantikan saya sebagai Menteri Kanan dan Menteri Kerja Raya, selain tiga Menteri penuh dan lima Timbalan Menteri yang diperuntukkan kepada GPS adalah pengiktirafan buat rakyat Sarawak dibawah kepimpinan Muhyiddin, di peringkat Pusat dan Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg, di peringkat negeri," katanya dalam kenyataan itu.

Lapan lagi wakil GPS dalam Kabinet Persekutuan ialah Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Alexander Nanta Linggi; Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Dato’ Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar; Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Dato’ Sri Nancy Shukri; Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak), Datuk Hanifah Hajar Taib; Timbalan Menteri Pengangkutan, Hasbi Habibollah; Timbalan Menteri Kesihatan , Datuk Aaron Ago Dagang; Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar II, Dato’ Henry Sum Agong dan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Dato’ Sri Tiong King Sing.

Tambah kenyataan itu, walaupun GPS menganggotai Kabinet Persekutuan, namun kedudukan GPS kekal sebagai entiti politik Sarawak mesra Kerajaan Persekutuan, dengan GPS akan terus memperjuangkan hak-hak Sarawak, dan tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN).

"Dahulu pun dibawah Kerajaan Pakatan Harapan, GPS mengambil pendekatan mesra Kerajaan Persekutuan, namun bezanya dibawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin, Perdana Menteri kelapan memerlukan GPS untuk sama-sama berada dalam Kabinet serta mentadbir negara dan mendepani senario politik dan ekonomi yang kian mencabar demi kepentingan nasional.

"Kami anggota Kabinet dari GPS dalam memperjuangkan hak Sarawak akan sentiasa memberi keutamaan kepada kepentingan nasional, dalam melaksanakan amanah atas portfolio yang dipertanggungjawabkan," katanya.

Selain GPS, dua Ahli Parlimen Saratok yang kini bebas, Ali Biju dilantik sebagai Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli dan Ahli Parlimen Puncak borneo, Willie Mongin sebagai Timbalan Menteri Perladangan dan Komoditi.

Ali dan Willie keluar dari Parti Keadilan Rakyat dua minggu lalu dan desas desus mengatakan mereka menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia, tetapi belum disahkan.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »