BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Muhyiddin akan bangunkan Sarawak, Masing



KUCHING: Sebagai sebahagian komponen Gabungan Parti Sarawak, Parti Rakyat Sarawak (PRS) melaksanakan objektif pertama untuk mengutamakan kestabilan politik negara serta menyelesaikan kemelut dengan melantik Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Presiden PRS, Tan Sri James Jemut Masing berkata, objektif kedua ialah untuk memenuhi kepentingan Sarawak dan manfaat rakyat negeri ini.

"Objektif ketiga kami meletakkan penggubal undang-undang kami dalam kedudukan supaya mereka dapat membantu dalam mentadbir negara kita.

"Ia mestilah dalam perintah itu, dan pelantikan ke kedudukan adalah yang terakhir dan hanya jika kedudukan kami diberikan untyk berkhidmat kepada rakyat Sarawak," katanya dalam kenyataan.

Sebelum ini, Timbalan Ketua Menteri Sarawak tersebut berharap dengan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8 mampu membawa Sarawak kedepan dari segi perjuangan hak negeri itu.

Menurut beliau, selepas segala kemelut politik yang melanda negara sejak Ahad lepas, negara dapat ditadbir dengan baik seperti yang sepatutnya.

Dalam masa sama, beliau turut mengharapkan kematangan para pemimpin negara untuk melupakan masa lalu dan memberi tumpuan dalam mentadbir negara demi kesejahteraan rakyat.

“Saya berharap beliau (Muhyiddin) tidak meminggirkan Sarawak termasuk beberapa isu antara kerajaan negeri dengan sebuah syarikat petroleum.

"Minta syarikat tersebut bayar kerana Sarawak memerlukan kewangan itu. Hasil tersebut dari sumber kami seperti minyak dan gas.

"Dengan itu (kewangan), Sarawak boleh membangunkan infrastrukturnya,” jelas Masing.

Dalam masa sama, Gabungan Parti Sarawak (GPS) turut menzahirkan ucapan tahniah diatas pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri.

Tambah Masing, beliau percaya dengan pengalaman dimiliki Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu adalah wajar dengan pelantikannya sebagai Perdana Menteri.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »