BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mekanik maut Land Cruiser jatuh gaung

KAPIT: Seorang mekanik maut manakala enam lagi cedera setelah Land Cruiser  yang dipandunya terbabas lalu terjunam ke dalam gaung sedalam 100 meter di Ulu Sepeliling di sini,petang semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 petang itu,mangsa,Jimmy Pudai,36, dari Rumah Ason, Sungai Mujong Balleh disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. 

Enam penumpang yang cedera berusia 21 hingga 45 tahun dirawat di Hospital Kapit.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik negeri Superintendan Alexson Naga Chabu berkata, ketika kejadian mangsa bersama enam penumpang dalam perjalanan dari arah Rumah Lugat ke pasar Kapit.

"Ketika sampai di tempat kejadian menaiki jalan berbukit, mangsa gagal mengawal kenderaan lalu terbabas jatuh ke  gaung," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »