BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Mayat pelajar lemas ditemui


KUCHING: Mayat pelajar  Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Joseph Kuching, Justin Connelies Philip,14, yang lemas di Sungai Bintangor, Kampung Ajibah Abol,di sini, petang tadi di temui malam ini.

Mayat mangsa ditemui jam 10.47 malam oleh Pasukan Polis Marin, hampir 6 jam selepas dilaporkan hilang.

Dalam kejadian jam 5 petang tadi, mangsa bersama dua lagi rakannya mengambil keputusan mandi di sungai berkenaan selepas makan di salah sebuah gerai berdekatan.

Dua rakan mangsa Ahmad Rafiaiman Turmizee,14, dan Airulazwa Muhd Daniel 13, melihat mangsa terjun dan terkapai mengapungkan diri lalu tenggelam.

Rakannya cuba menggapai tangan mangsa, namun dia tenggelam di bawa arus.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »