BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki OKU ditemui lemas


PADAWAN: Mayat lelaki Orang Kelainan Upaya (OKU) yang dikhuatiri hilang di Kampung Simpok petang semalam ditemui pagi ini.

Mayat Mac Aloysious Gago, 25, atau lebih dikenali Memex dijumpai jam 10.12 pagi berhampiran sungai kampung berkenaan oleh penduduk kampung yang turut sama dalam operasi pencarian. 

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,mangsa dijumpai pada jarak tujuh kilometer dari Pusat Kawalan Bomba (PKB) dan lokasi terakhir mangsa dilihat. 

"Mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,"katanya di sini hari ini.

Dalam kejadian petang semalam, mangsa terakhir dilihat berada di atas jambatan kampung terbabit tidak menggunakan baju dengan hanya berseluar pendek hitam.

Mangsa dilaporkan tidak balik ke rumah sejak kali terakhir mangsa di lihat bermain atas jambatan tersebut.

Operasi SAR itu turut disertai pihak Polis dan Pasukan Bomba Sukarela(PBS) Simpok.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »