BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Maut langgar tiang lampu isyarat

KUCHING: Penunggang motosikal maut melanggar lampu isyarat Jalan Lapangan terbang lewat malam tadi.

Mangsa yang juga penjawat awam dikenali Steven Kana 43, mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, tulang belakang dan leher. 

Mangsa yang juga penjawat awam disahkan maut semasa menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak.

Motosikal jenis Yamaha YZF-R25 ditunggangh mangsa hilang kawalan dan telah terbabas lalu naik ke atas bahu jalan seterusnya melanggar tiang lampu isyarat. 

Pegawai Penyiasat Trafik IPD Kuching, Inspektor Angelina Anak Henry Winner berkata, mangsa dalam perjalanan dari BDC menuju ke arah Kuching Central.

"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati punca kemalangan adalah berpunca dari penunggang motosikal jenis Yamaha YZF-R25 yang dipercayai telah menunggang dengan laju sehingga hilang kawalan dan terbabas.

"Mangsa telah disahkan meninggal semasa mendapat rawatan di Unit Kecemasan Hospital Umum Sarawak lebih kurang pad jam 1.40mpagi," katanya dalam kenyataan semalam.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »