BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Masjid Darul Hana ditutup

KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) mengarahkan
Masjid Darul Hana ditutup.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Masjid, arahan itu berkuatkuasa serta-merta mulai hari ini sehingga diberitahu kelak untuk membolehkan kerja-kerja pembersihan dilakukan. 

"Ini kerana terdapat sejumlah jemaah tabligh yang menghadiri Majlis ljtimak di Masjid Sri Petaling telah beriktiqaf di Masjid Darul Hana pada 6 - 8 Mac yang lalu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, sebarang maklumat terkini akan dimaklumkan oleh pihak Jawatankuasa Pengurusan Masjid Darul Hana dari semasa ke semasa. 

"Sebarang kesulitan amat dikesali dan kerjasama semua amatlah kami hargai," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »