BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Malaysia laporkan 7 kes kematian baru


COVID-19: Malaysia rekod tujuh kematian, 150 kes baharu - KP Kesihatan

PUTRAJAYA, 29 Mac -- Malaysia mencatatkan jumlah kes kematian tertinggi akibat COVID-19 apabila tujuh kes kematian dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 34 orang. 

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata jumlah kes positif COVID-19 juga meningkat kepada 2,470 kes susulan penambahan 150 kes baharu hari ini.

“Kes kematian ke-28 (kes ke-2321) adalah perempuan warga Malaysia berumur 91 tahun. Beliau mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi dan penyakit buah pinggang dan dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada 26 Mac, disahkan meninggal dunia pada 28 Mac pukul 8.48 pagi,” katanya pada sidang media harian perkembangan terkini COVID-19, hari ini. 
--Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »