BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Malaysia catat dua kematian pertama hari ini - Dr Adham Baba


KUALA LUMPUR, 17 Mac -- Malaysia mencatatkan dua kes kematian pertama akibat wabak COVID-19  melibatkan rakyatnya hari ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba.

"Kes ke-178 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 34 tahun yang pernah menghadiri perhimpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling tempoh hari. Beliau mula mengalami gelaja mulai 5 Mac dan mendapat rawatan di Hospital Permai, Johor Bahru pada 12 Mac setelah dikesan positif COVID-19. 

"Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU)," katanya pada sidang media harian berkaitan wabak itu di Kementerian Kesihatan di Putrajaya.

Dr Adham berkata kes ke-358 merupakan lelaki berumur 60 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Beliau mula mengalami gelaja demam, batuk dan kesukaran bernafas pada 7 Mac dan mendapat rawatan di Hospital Umum Sarawak pada 14 Mac setelah dikesan positif COVID-19. 

"Keadaan beliau merosot dan telah dimasukkan ke ICU. Beliau disahkan meninggal dunia pada hari ini, " katanya. 
--Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »