BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

MA63, hak Sarawak mas kahwin sertai Kabinet

GEDONG : Mas kahwin Sarawak untuk membentuk Kabinet Kerajaan Persekutuan bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) adalah untuk kepentingan rakyat Sarawak.

Antara mas kahwin yang dimaksudkan ialah Perjanjian Malaysia (MA63) perlu diakui, hak Sarawak keatas minyak dan gas perlu diperakui.

Selain itu, GPS tidak akan menyertai Perikatan Nasional (PN) malah akan terus bergerak sendiri sebagai entiti politik yang bebas.


Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari menjelaskan 'mas kahwin' tersebut ekoran lamaran Kerajaan Persekutuan untuk membentuk kabinet bersama.

“Beberapa hari lepas, kita ditunang oleh Persekutuan, kita menerima namun ada mas kahwinnya.. mas kahwinnya, hak Sarawak mesti diperakui, undang-undang kita terhadap minyak dan gas mesti diperakui.


“Dan ketiga kami tidak mahu masuk dalam PN (Perikatan Nasional). Kami tidak mahu. Kami hanya partner kepada PN menerusi GPS," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada sesi sesi Townhall Berambeh dengan CM Abang Jo disini, pagi tadi.

Beliau menegaskan, syarat-syarat ini adalah sebagai hantaran yang harus ditunaikan oleh Muhyiddin jika ingin GPS menjadi rakan dalam kerajaan persekutuan.

"Beliau masuk dengan niat baik, jadi kita sambut dengan baik juga," katanya.

Abang Johari menegaskan syarat-syarat berkenaan telah dibincangkan dan dipersetujui oleh semua parti komponen GPS - Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Demokratik Progresif (PDP).

Beliau menambah, GPS menetapkan syarat sedemikian demi kepentingan Sarawak, kerana GPS telah menyelamatkan negara daripada kucar kacir akibat kemelut politik yang melanda negara.

Semalam dalam sidang media Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB Sarawak Kelapan di Ibu Pejabat PBB Abang Johari berkata, GPS menyertai Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin menerusi formula Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Foto TV SARAWAK

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »