BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lupa, Lalai dan Leka punca utama kebakaran


KUCHING, 17 Mac -- Orang ramai diingatkan untuk mengelakkan penggunaan peralatan elektrik secara berlebihan ketika mereka berada di rumah sewaktu penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan yang akan bermula esok sehingga 31 Mac ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM)Negeri Sarawak, Khirudin Drahman @Hussaini hari ini berkata langkah-langkah pengawasan, pencegahan dan perlindungan hendaklah sentiasa diambil sepanjang tempoh perintah itu berkuat kuasa yang telah diumumkan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam.

“Pada tempoh ini, akan terdapat pelbagai aktiviti yang melibatkan api memasak dan penggunaan elektrik yang berlebihan di rumah yang mana berkemungkinan menyebabkan kebakaran,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Menurutnya JBPM akan terus memastikan masyarakat akan sentiasa memandang serius berhubung keselamatan kebakaran dan mengambil langkah yang sewajarnya untuk mengelakkan perkara yang tidak diingini daripada berlaku.

“Elakkan elemen 3L iaitu Lupa, Lalai dan Leka dan bersama mencegah dan mengelak tragedi kebakaran (semasa tempoh perintah ini),” katanya.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »