BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lima kes baharu suspek Covid-19


KUCHING: Sarawak mencatatkan lima kes baharu disyaki (PUI) Covid-19 hari ini.

Daripada jumlah tersebut dua kes masing-masing dilaporkan di Hospital Umum Sarawak (HUS) dan Hospital Sibu serta satu kes Hospital Miri.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JBPN) dalam kenyataan media berkata, pihaknya masih menunggu keputusan dari ujian makmal untuk 13 kes yang dilaporkan.

Katanya, sebanyak  220 kes PUI dan 207 kes negatif dicatatkan sejak 10 Januari lalu.

Dalan ada itu katanya, Jabatan Kesihatan melakukan imbasan 417,458 pelawat di semua pintu masuk sejak 1 Febuari lalu.

"Orang awam yang merancang untuk melakukan perjalanan kepada negara-negara yang terjejas Covid-19 seperti China termasuk Hong Kong, Macau dan Taiwan, Korea Selatan, Itali dan Iran untuk menangguhkan perjalanan buat sementara waktu.

"Bagi mereka yang telah mengembara ke mana-mana negara yang terjejas dalam tempoh 14 hari yang lalu dan telah mengalami demam, batuk dan kesukaran bernafas, mereka mesti mendapatkan rawatan perubatan dengan segera.

"Mereka juga dinasihati untuk memaklumkan kepada doktor tentang sejarah perjalanan mereka," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »