BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki OKU dikhuatiri hilang di Kampung Simpok

PADAWAN:Seorang lelaki Orang Kurang Upaya(OKU) dikhuatiri hilang di Kampung Simpok,di sini,petang ini.

Mangsa Mac Aloysious Gago,25,kali terakhir dilihat berada di atas jambatan kampung terbabit tidak menggunakan baju dan hanya berseluar pendek hitam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia ( JBPM) Sarawak, Tiong Ling Hii berkata,pihaknya menerima panggilan berhubung kes itu pada jam 3.54 petang.

"Kawalan Siburan terima panggilan memaklumkan ada lelaki OKU  dikhuatiri hilang.
"Mangsa dilaporkan tidak balik ke rumah sejak kali terakhir mangsa di lihat bermain atas jambatan tersebut," katanya di sini hari ini.

Katanya,pasukan penyelamat dibahagi kepada dua pasukan,pasukan pertama disertai pasukan Bomba Unit K9 memulakan pencarian radius 1.7 kilometer menyusuri sungai simpok.
"Pasukan kedua seramai empat orang anggota bersama ibu mangsa mencari di sekitar kampung menggunakan Hilux," ujarnya.

Beliau berkata,operasi mencari dan menyelamat(SAR) mangsa ditangguhkan jam 7 malam ini.

Operasi SAR itu turut disertai pihak Polis dan Pasukan Bomba Sukarela(PBS) Simpok.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »