BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki maut kereta terjun sungai

MIRI: Seorang lelaki maut terperangkap dalam kejadian kereta terjun sungai di Pulau Melayu lewat tengah malam tadi.


Komander Operasi PKPgB Terry Robson ak Fronce Nganggau berkata, mangsa yang tidak dikenal pasti identiti dijumai dalam kereta kira-kira jam 12.10 pagi lebih kurang 20 kaki dari tebing sungai.

Beliau berkata, pasukan PPDA berjaya menjumpai mangsa yang masih lagi berada di dalam kenderaan tersebut.

Menurutnya, mangsa seterusnya berjaya dikeluarkan lima minit kemudian dan di bawa naik ke tebing.

"Mangsa disahkan seorang lelaki dan terus diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. 


"Empat penyelam dari PPDA iaitu PBK II Nasir Bin Hj Razali, PBK II Rorudi Bin Umas, PBK II (KUP) Zainal Bin Abidin & PB Nicklus Jambal Ak Salleh telah membuat operasi selaman bagi mengenal pasti kedudukan kereta tersebut.

"Kerja-kerja untuk menarik keluar kereta tersebut dijalankan dengan menggunakan kren telah berjaya mengangkat kenderaan tersebut pada jam 1 pagi dan menyerahkan kenderaan tersebut kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,"katanya.

Beliau berkata operasi tamat kira-kira jam 1.10 pagi.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »