BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lelaki ditahan samun kedai serbaneka


SHAH ALAM, 30 Mac-- Seorang lelaki ditahan polis selepas didapati menyamun sebuah kedai serbaneka di Jalan Setia Prima U13 Setia Alam di sini, malam tadi.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Supt Ramsay Embol berkata dalam kejadian pukul 7.30 malam itu, suspek bersama dua lagi rakannya yang masih bebas melakukan jenayah berkenaan dan mendatangkan kecederaan terhadap juruwang yang bertugas di kedai serbaneka 24 jam berkenaan.

"Mereka memakai topi dan topeng serta bersenjatakan sebatang besi datang ke kedai serbaneka jenis berkenaan menaiki sebuah kereta Toyota Vios berwarna hitam dengan nombor pendaftaran tidak jelas memasuki premis, telah bertindak memukul juruwang kedai serbaneka dengan besi dan menyebabkan juruwang itu mengalami kecederaan pada bahagian dahi serta pergelangan tangan kiri."

"Dua anggota Polis Bantuan SP Setia Berhad yang berada di lokasi telah berjaya menangkap seorang daripada tiga suspek berkenaan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 394 dan 25 Kanun Keseksaan serta Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (APPPB) 1988.

Pihak polis menurut Ramsey, juga sedang giat mengesan dua lagi suspek yang masih bebas.
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »