BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Latheefa mahu kembali jadi NGO


KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) -- Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya hari ini berkata peletakan jawatannya bukanlah berpunca daripada sebarang tekanan ke atas beliau.

“Sebaliknya, ia keputusan saya sendiri. Spekulasi bahawa saya diberi tekanan adalah tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Latheefa berkata surat peletakan jawatan itu telah dihantar kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin namun ia tertakluk kepada perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Semalam, saya berjumpa dengan Perdana Menteri dan menjelaskan kepada beliau berhubung keputusan saya untuk meletakkan jawatan. Kami mengadakan perbincangan dengan penuh keikhlasan dan beliau faham kedudukan saya.

“Saya juga telah menjelaskan kepada beliau mengenai langkah yang sedang diambil dan usaha mendapatkan semula dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari luar negara. Beliau amat menyokong usaha itu,” katanya.

Tambah Latheefa, beliau bertemu dengan Muhyiddin semalam dan menjelaskan keputusannya kepada perdana menteri itu.

"Kami berbual mesra dan beliau (Muhyiddin) faham pendirian saya," katanya.

Latheefa berkata beliau juga menerangkan secara ringkas kepada Muhyiddin tentang usaha dan tindakan yang sedang dilakukan SPRM untuk mendapatkan semula dana 1MDB dari luar negara.

"Beliau sangat menyokong dengan tindakan ini," katanya.

"Saya juga ambil kesempatan untuk mengucapkan semoga berjaya kepadanya dan kerajaan baru dalam memperbaiki kebajikan dan kepentingan rakyat," tambahnya.

Kata Latheefa lagi, beliau juga sudah berjumpa dan memberi taklimat kepada timbalannya, Azam Baki serta ketua-ketua jabatan SPRM bagi memastikan penyerahan tugas berjalan lancar.

Latheefa menyatakan keyakinan teradap pegawai-pegawai SPRM.

"Saya meninggalkan jawatan saya dengan keyakinan penuh bahawa SPRM akan terus tidak dikompromi dan tanpa lelah melawan rasuah, tanpa mengambil kira kedudukan atau sokongan politik perasuah.

"Saya berterima kasih kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, rakan setugas di SPRM dan rakyat yang memberi sokongan selama saya menjadi ketua pesuruhjaya SPRM.

"Semoga Tuhan merahmati negara kita," katanya.

Peletakan jawatan Latheefa adalah yang kedua membabitkan pegawai kanan kerajaan selepas Tommy Thomas meninggalkan jawatannya sebagai peguam negara pada 28 Feb lalu.

Kredit foto Malaysiakini 








Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »