BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Lantik jemaah menteri individu berintegriti, berkaliber


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berjanji akan melantik anggota jemaah menteri daripada kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber.

Menurutnya, beliau sedar bahawa apa yang rakyat mahu ialah sebuah kerajaan yang bersih, berintegriti dan bebas rasuah.

"Kerajaan pimpinan saya juga akan memberi keutamaan kepada usaha-usaha untuk meningkatkan integriti dan tadbir urus kerajaan yang baik," kata beliau dalam ucapan bertajuk 'Rayuan Kepada Rakyat Malaysia' yang disiarkan stesen televisyen malam ini.

Sementara itu, Muhyiddin turut menjelaskan beliau tidak idam jawatan Perdana Menteri tetapi tampil untuk selamatkan keadaan.

“Pelantikan saya ikut amalan dibenarkan Perlembagaan Persekutuan, selaras prinsip Demokrasi Berparlimen Malaysia.

“Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Yang di-Pertuan Agong boleh lantik PM baharu yang dapat kepercayaan majoriti Ahli Parlimen.

“Saya ambil tanggungjawab cari jalan penyelesaian elak kemelut politik berlarutan dan parlimen dibubar.

“Saya bukanlah pengkhianat, saya mahu selamatkan negara daripada terus dilanda kemelut," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »