BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

'Kita sudah ditunang untuk Kabinet'

KUCHING: Kita sudah ditunang untuk menyertai Kabinet Kerajaan Persekutuan.

Demikian pengesahan Pengerusi Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang juga Ketua Menteri Sarawak, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg mengenai penyertaan Kabinet di bawah pentadbiran Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Beliau berkata demikian pada sidang media Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi PBB Sarawak Kelapan di Ibu Pejabat PBB, hari ini.

Abang Johari menekankan, GPS akan terus memperjuangkan menuntut hak-hak Sarawak seperti termaktub dalam Persekutuan Malaysia.

"Kami menyertai kabinet adalah untuk meneruskan perjuangan untuk kepentingan Sarawak.

"Selain itu, supaya Ahli parlimen Sarawak meneruskan perjuangan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63)," katanya.

Abang Johari berkata, keputusan dibuat atas sokongan komponen dalam GPS iaitu Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Parti Demokratik Progresif (PDP), Parti Rakyat Sarawak (PRS) dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP).

Beliau menegaskan, keputusan menenukan portfolio kabinet wakil Sarawak di peringkat Kerajaan Persekutuan terpulang kepada budi bicara Perdana Menteri.

Dalam pada itu katanya, Kabinet Kerajaan Persekutuan yang akan dibentuk akan menggunakan formula Perikatan Nasional + Gabungan Parti Sarawak seperti yang dipersetujui.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »