BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kesal fitnah pemimpin politik

KUCHING: Menteri Pengangkutan, Wee Ka Siong kesal dengan fitnah sesetengah pemimpin politik yang mendakwa kerajaan mengambil kesempatan menjual topeng muka dengan harga siling.

Beliau berkata, perbuatan fitnah pada saat negara berdepan waktu sukar tidak boleh diterima sama sekali.

"Sedih melihat sesetengah pemimpin politik dan mereka yang tidak bertanggungjawab memutarbelitkan fakta kononnya Kerajaan China menderma 10 juta topeng muka kepada Kerajaan Malaysia.

"Kerajaan Malaysia didakwa mengambil kesempatan untuk menjualnya kepada rakyat dengan harga siling melalui Pharmaniaga," katanya dalam facebook peribadinya.

Beliau berkata, hakikatnya, Kerajaan Malaysia membeli topeng muka dari kilang di negara China kerana kilang topeng muka tempatan tidak mampu untuk menghasilkannya.

"Untuk rekod, Menteri KPDNHEP melarang pengesportan topeng muka beberapa hari selepas menyandang jawatan Menteri dan diwartakan keputusan tersebut, kapasiti pengeluar topeng muka domestik tidak mampu menghasilkan topeng muka. 

"Inilah sebab Malaysia kena mengimport dan negara yang mempunyai bekalan ialah China walaupun harga topeng muka sedunia telah melambung tinggi selepas penularan wabak Covid-19

"Semasa mesyuarat Majlis Keselamatan Negara (MKN) bersama para Menteri Besar & Ketua Menteri pada 20 Mac 2020 lalu, saya telah mengesyorkan supaya duti import sebanyak 20% dan cukai jualan sebanyak 10% untuk topeng muka dimansuhkan," katanya.

Beliau berkata, Perdana Menteri bersetuju dan meminta Kementerian Pengangkutan mengendalikan pengimportan topeng muka dari negara China melalui penerbangan kargo.

Semalam 21 Mac 2020, Menteri Kewangan telah membuat keputusan pantas dengan mengarahkan Jabatan Kastam Diraja Malaysia untuk membuat pengumuman mengenai pengecualian duti import dan cukai jualan ke atas topeng muka berkuatkuasa mulai esok, 23 Mac 2020.

Ini adalah keputusan yang amat dinanti-nantikan oleh semua pihak bagi meredakan keadaan dan menjamin pembekalan topeng muka pada harga yang berpatutan.

Mulai esok, sesiapa sahaja yang mengimport topeng muka ke Malaysia tidak lagi tertakluk kepada duti import dan cukai jualan. Ini bermakna komponen cukai tidak lagi wujud di dalam penjualan topeng muka di seluruh negara.

Realiti yang dihadapi ketika ini ialah permintaan global terhadap topeng muka meningkat secara mendadak khususnya permintaan dari negara Eropah dan Amerika Syarikat yang sedia membeli dengan harga premium. Ini menyebabkan negara pengeluar topeng muka terbesar dunia, China menerima tempahan luar biasa dari seluruh dunia.

Dengan penghapusan duti import dan cukai jualan ini, diharapkan ianya akan mengurangkan bebanan kewangan semua pihak terutamanya rakyat jelata.

Kementerian Pengangkutan akan mencuba sedaya upaya menggunakan khidmat penerbangan kargo untuk mempercepatkan perolehan topeng muka ke Malaysia dalam menghadapi cabaran pandemik Covid-19.

Beberapa orang dermawan dan badan kebajikan ada menghubungi saya dan menzahirkan perasaan lega mereka terhadap keputusan memansuhkan duti import dan cukai jualan. Malah, mereka telah menempah topeng muka dari China untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan. Inilah semangat dan sifat penyayang rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan agama.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »