BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kereta jatuh gaung sedalam 20 meter

BETONG: Seorang wanita bersama dua anaknya berdepan detik cemas setelah kereta yang dinaiki terjunam ke dalam gaung sedalam 20 meter dalam kejadian tanah runtuh di Jalan Ulu Spak,di sini pagi tadi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Mejar Ismail Mahedin berkata, kejadian berlaku semasa mangsa menghantar anaknya ke sekolah jam 6.15 pagi.


"Tiga beranak berkenaan bernasib baik 
kerana berjaya menyelamatkan diri dalam kejadian tanah runtuh berlaku dan hanya kenderaan sahaja jatuh ke gaung.

Kesemua mangsa juga tidak mengalami sebarang kecederaan,"katanya di sini hari ini.


Katanya.jalan penghubung ke situ putus sepenuhnya dan tidak dapat dilalui oleh semua jenis kenderaan. 

"Jalan juga masih dalam risiko untuk berlakunya tanah runtuh. 

"Pengguna jalan raya dinasihati agar berhati-hati. Terdapat satu jalan alternatif yang berhubung ke Padeh,"ujarnya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »