BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kerajaan tiada niat untuk umumkan darurat


Ringkasan Sidang Media Khas Menteri Pertahanan 20/3/2020.
.
1. Mesyuarat MKN memutuskan supaya pihak tentera membantu pihak polis dalam memantau dan memastikan pematuhan rakyat berada di dalam rumah masing-masing.

2. Tentera akan mula digerakkan pada hari Ahad ini, dan kerajaan berharap rakyat akan patuh.

3. Dari laporan pihak polis, jelas terdapat pematuhan RMO oleh rakyat, kerajaan mengucapkan terima kasih kepada yang mematuhi arahan RMO.

4. Namun masih ramai yang tidak mahu mendengar arahan pihak kerajaan dan lebih teruk tidak mahu mendengar arahan pihak polis.

5. Ada yang gagal untuk mematuhi arahan bersurai dengan terus bermain di taman, melepak di kedai mamak dan sebagainya.

6. Mengingatkan bahawa polis mempunyai hak kuasa dengan menggunakan Akta polis untuk mengambil tindakan yang lebih keras terhadap rakyat yang berdegil.

7. Pelbagai berita palsu, audio dsbnya contohnya mengatakan bahawa menteri pertahanan akan mengeluarkan perintah darurat selepas mendapat persetujuan YDPA.

8. Berita seperti Aset tentera digerakkan, polis dan tentera akan menyemburkan racun serangga adalah berita palsu yang boleh menimbulkan panik kepada rakyat. MENHAN menasihati rakyat untuk menghubungi hotline Kementerian seperti yang diumumkan semalam.

9. Ramai yang mempersoalkan atas alasan apa dan undang-undang apa tentera dilibatkan, MENHAN menjelaskan melalui seksyen 5 akta pencegahan penyakit berjangkit, adalah bidang kuasa Menteri Kesihatan untuk mendapatkan bantuan daripada pihak tentera dan polis.

10. Kerajaan Malaysia dan Singapura bersetuju membenarkan rakyat Malaysia untuk terus bekerja di Singapura dan kerajaan Singapura akan menyediakan tempat tinggal selama 2 minggu di sana.

11. Pekerja Malaysia akan disaring di sana sebelum dibenarkan pulang ke Malaysia, semua ini ditanggung oleh pihak Singapura.

12. Cuti sekolah akan diteruskan sehingga 31/3,  jadi kepada keluarga yang berada di Kampung di luar Kuala Lumpur, teruskan tinggal di Kampung, jangan pulang ke Kuala Lumpur.

13. Kerajaan akan menanggung perbelanjaan makanan semua pelajar yang tidak pulang dari kolej-kolej kediaman mereka.

#stayathome


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »