BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kepentingan S'wak diutamakan, tiada perbincangan jawatan Kabinet


KUCHING: Kerajaan  Gabungan Parti Sarawak (GPS) tidak mengadakan sebarang perbincangan mengenai jawatan Kabinet dengan Perdana Menteri.

Ketua Whip GPS Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, GPS hanya melihat kepada kepentingan negara, untuk memastikan politik negara kembali stabil dan kepentingan Sarawak diutamakan.

Menurutnya, GPS juga kini boleh meneruskan rundingan dalam menuntut hak-hak dan kepentingan Sarawak dan berharap usaha ke arah itu dapat dipercepatkan melalui Kerajaan baharu di bawah Perdana Menteri kelapan.

"Keutamaan perjuangan GPS dalam menuntut hak dan kepentingan Sarawak tetap akan diteruskan.

"Dalam memberi sokongan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri, GPS telah meletakkan syarat bahawa kepentingan negara dan Sarawak perlu diutamakan, dengan tiada kompromi dalam hal ini," katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, GPS bersyukur kerana akhirnya kemelut politik Negara telah pun berakhir dalam keadaan aman berkat kebijaksanaan Baginda dalam menyelesaikan krisis secara adil dan saksama. 

Menurutnya, keputusan GPS dalam membantu menyelesaikan kemelut politik negara adalah demi kepentingan negara dan kestabilan politik.

"Dengan pelantikan Perdana Menteri Kelapan juga, Kerajaan kini boleh menumpukan perhatian kepada usaha memulihkan ekonomi dan kewangan Negara, menangani masalah bebanan hidup rakyat, serta menarik kembali keyakinan pelabur ke Negara ini," ujarnya.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »