BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kenderaan khas untuk banteras rabies


KUCHING, 4 Mac: Kerajaan Sarawak menyerahkan sebanyak 26 unit kenderaan kawalan haiwan ubahsuai keseluruhannya bernilai RM3.37 juta kepada 26 pihak berkuasa tempatan di Sarawak di Bangunan MBKS, Padungan, di sini, hari ini.

Setiap pihak berkuasa tempatan terbabit menerima seunit kenderaan 4x2 Double Cabin Pick Up itu yang berharga RM129,630 dan dilengkapi kurungan haiwan disampaikan Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Sri Dr Sim Kui Hian. 

Kenderaan itu khusus bagi pihak berkuasa tempatan di negeri ini mengawal penyakit rabies yang disebarkan haiwan liar terutama anjing berikutan dari 2017 sehingga November 2019, terdapat 22 kes menusia dijangkiti rabies di Sarawak akibat gigitan haiwan itu dan menyebabkan 21 kematian.

Berikutan Dr Sim meminta penduduk negeri ini membantu pihak berkuasa tempatan mengawal populasi anjing liar yang menyebarkan penyakit itu dengan tidak memberikan makanan kepada haiwan terbabit.


"Sekiranya ada sumber makanan, memang ada populasi anjing liar itu dan haiwan terbabit boleh beranak sehingga tiga kali setahun,"katanya dan menambah anjing juga boleh melahirkan sehingga tujuh atau lapan ekor anak sekaligus.

Beliau khuatir ini boleh menyebabkan populasi anjing liar bertambah dengan pantas di negeri ini walaupun semua pihak berkuasa tempatan sentiasa keluar menangkap haiwan terbabit.

Selain itu, Dr Sim juga mendedahkan ketika ini Sarawak mencacatkan purata sehingga 300 kes gigitan anjing setiap bulan dan meminta orang ramai yang digigit haiwan itu segera mendapatkan suntikan anti rabies percuma di hospital kerajaan kerana itu boleh menyelamatkan nyawa mereka.



keterangan gambar;

1. Datuk Sri Dr Sim Kui Hian ( tiga dari kiri) bersama wakil 26 pihak berkuasa tempatan yang menerima kenderaan kawalan haiwan ubahsuai dari kerajaan Sarawak di Bangunan MBKS, Padungan, di sini, hari ini.

2. Datuk Sri Dr Sim Kui Hian menyaksikan kurungan haiwan yang ada pada kenderaan kawalan haiwan ubahsuai yang diserahkan kerajaan Sarawak kepada 26 pihak berkuasa tempatan negeri ini di Bangunan MBKS, Padungan, di sini, hari ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »