BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kementerian Kesihatan perlukan sukarelawan


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KMM) memerlukan lebih perkhidmatan sukarelawan kesihatan dan perubatan dalam menangani penularan kejadian COVID-19 di Malaysia. 

“Mengambil kira situasi semasa, KKM menyeru lebih ramai sukarelawan dapat tampil menyertai pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19.”

“Mereka yang berminat boleh mengisi Borang Pendaftaran Anggota Sukarelawan Pasukan Bantuan Kesihatan Dan Perubatan COVID-19 di laman sesawang Facebook Kementerian Kesihatan Malaysia,” kata KKM dalam posting di Facebook hari ini.

Sehingga hari ini, seramai 157 sukarelawan telah menyertai dan ditugaskan sebagai sukarelawan yang ditempatkan secara berperingkat untuk membantu pasukan bantuan kesihatan dan perubatan COVID-19. 

Sejumlah 1,008 orang lagi bakal menyertai pasukan perubatan di hospital, iaitu mereka terdiri daripada pelbagai profession perubatan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »