BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kelapa punyai 1,001 kegunaan dalam dunia perubatan




Bolehkah minyak kelapa dara jadi vaksin rawat Covid-19?

 

 


DALAM dua bulan sahaja penularan wabak koronavirus (Covid-19), kesannya amat terasa di seluruh dunia.

Masakan tidak apabila saban hari kes jangkitan dan kematian bertambah, ekonomi merundum gara-gara semua sektor industri terjejas.

Memburukkan lagi keadaan apabila belum ada vaksin mencegah jangkitan virus itu dijumpai setakat ini walaupun pakar dan pengkaji berlumba-lumba membuat kajian mengenainya.

Di Malaysia, usaha sama turut dijalankan oleh pengkaji-pengkaji tempatan dan antara yang menarik ialah kajian minyak kelapa dara untuk menentang Covid-19 yang kini dalam kajian oleh pihak Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).

Gogodaily berkesempatan menemubual Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi Sumber UNIMAS, Dr Mohd Razip Asaruddin tentang kajian yang sedang dijalankan itu.



Menurutnya, pojek tersebut sebenarnya dijalankan oleh pelajar pascasiswazahnya yang melakukan penyelidikan berkenaan dengan virus.

“Setakat ini, kita (UNIMAS) belum adalah projek besar-besaran tentang kajian vaksin Covid-19 cuma saya mempunyai seorang pelajar pascasiswazah yang melakukan penyelidikan berkenaan dengan virus.

“Jadi saya minta pelajar saya itu mengkaji virus berkaitan dengan influenza dan juga koronavirus ini, saya minta pelajar ini memulakan projek itu dengan membuat simulasi-simulasi awal sebelum kajian lebih mendalam dilakukan nanti,” katanya.



Dr Mohd Razip yang mempunyai pengalaman mengkaji virus berbahaya di Jepun pada 2007 berkata, ketika ini, pihaknya masih menunggu hasil kajian lengkap mengenai Covid-19 kerana memerlukan data dan maklumat genetik virus itu sebelum mencari vaksin mencegahnya.


Namun, beliau tidak menolak asid lauric dalam lemak kelapa yang ditukarkan kepada bentuk emulsion  menjadi monolaurin melalui kaedah terimasi mempunyai potensi merawat Covid-19.


Beliau berkata, sudah banyak kajian, artikel dan jurnal dibuat di seluruh dunia berkaitan kebaikan monolaurin iaitu bahan kimia berasal dari asid laurik terkandung dalam minyak kelapa dara.


Monolaurin dikenal pasti boleh membunuh mikrob seperti bakteria, protozoa dan virus, malah di Filipina, pakar atau pengkaji di negara itu mendapati minyak kelapa dara mampu  merawat pesakit HIV.


Menurut Dr Mohd Razip , ada banyak kelebihan dan khasiat terkandung dalam minyak kelapa dara yang menyebabkan beliau yakin ia mungkin sesuai dijadikan vaksin untuk menentang Covid-19. 

 “Kelapa ini sangat-sangat berguna, ia mempunyai 1,001 kegunaan daripada segi perubatan. Saya syorkan (ia dikaji untuk vaksin Covid-19) kerana walaupun saya telah membuat kajian selama 10 tahun, saya dapati kajian mengenainya sentiasa bertambah dari semasa ke semasa.

“Banyak perkara dulu yang kita tidak tahu mengenainya tetapi sekarang terbukti kelapa itu boleh menjadi penawar kepada pelbagai penyakit dalaman, malah digunakan secara luaran dalam penghasilan produk kosmetik dan penjagaan kulit,” jelasnya.

Khasiat minyak kelapa dara telah diketahui sejak zaman berzaman iaitu ketika zaman ayuveda lagi untuk merawat pelbagai penyakit menyebabkan masyarakat sekarang tidak seharusnya menolak kemampuannya untuk menentang virus.

Sebagai contoh, Dr Mohd Razif berkata, orang zaman dahulu menggunakan minyak kelapa untuk merawat penyakit kecacingan dan ketika zaman perang, air kelapa dijadikan saline untuk merawat askar-askar yang cedera.


Apa khasiat minyak kepala dara?


Mempunyai pengalaman lebih 10 tahun menjalankan pelbagai kajian, Dr Mohd Razif berkata, minyak kelapa dara merupakan satu-satunya kajian yang masih kekal diteruskan beliau sehingga kini kerana percaya  bahan semulajadi itu mempunyai terlalu banyak kegunaan terutama minyak kelapa dara yang sudah ditukarkan dalam bentuk emulsion yang larut 100 peratus dalam air.

“Saya cuba buat minyak kelapa dara ini yang mana 40 hinggga 60 peratus mengandungi asid lauric untuk ditukar kepada monolaurin dalam bentuk emulsion.

 “Monolaurin sebenarnya satu kompoun yang sama dengan susu ibu. Susu ibu inilah yang membuatkan bayi mempunyai kekuatan imuniti yang tinggi seterusnya meransang perkembangan otak. 

“Jadi saya terfikir dalam kelapa, lauric asid ini dapat mengubah kepada bahan ketone yang dipanggil badan ketone yang boleh menggantikan gula digunakan di otak. Apabila badan ketone diguna ia lebih berkesan lagi daripada gula, maka dengan itu otak kita menjadi lebih sihat, lebih cergas bak orang kata IQ boleh meningkat,” jelasnya.


Apa kaitan monolaurin dengan virus?


Dr Mohd Razif berkata, beliau telah membuat simulasi menggunakan monolaurin sebagai perbandingan satu ubat antivirus iaitu Tamiflu atau Oseltamitir untuk merawat virus influenza yang menyebabkan selesema dan monolaurin boleh memberi saingan kepada ubat tersebut.

Walaupun ia tidak sekuat Oseltamitir kerana asasnya bahan asli tetapi jika dimakan setiap hari seperti dijadikan makanan tambahan, ia cukup untuk meningkatkan kadar metabolism dan badan akan mempunyai daya ketahanan melawan penyakit yang tinggi.

 “Sebab itu, kalau kita fikir secara logik juga kenapa orang kena demam campak orang minum air kelapa, itu semua menunjukkan bahawa air kelapa boleh membunuh virus, maksudnya orang yang kena demam campak dia minum air kelapa dia boleh kebah dan pulih dengan cepat, ini bermakna virus itu alah atau kalah dengan air kelapa.

 “Dalam kelapa tak kiralah air kelapa ke minyak kelapa dara ke  atau apa yang telah saya buat sebagai minyak kelapa terimasi itu semua mengandungi asid lauric yang akhirnya dalam bentuk monolaurin yang boleh membunuh virus,” ujarnya.


Apa itu minyak kelapa dara?


Menurut Dr Mohd Razif, minyak kelapa dara merupakan minyak yang diektrak daripada kelapa yang matang bukan kelapa muda, yang kemudian  melalui proses-proses tanpa haba atau tidak melakukan pemanasan.

Ia berbeza dengan minyak kelapa biasa daripada kopra kerana minyak kelapa jenis ini dimasak atas api yang panas.

Paling bagus, kata beliau ialah melalui proses fermentasi di mana enzim dalam kelapa lebih banyak bersifat probiotik sesuai digunakan oleh tubuh bahan secara biologikal.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »