BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kastam Sarawak rampas 2kg syabu


BINTULU:Jabatan  Kastam  Diraja  Malaysia (JKDM) Sarawak merampas
satu bungkusan parcel yang mengandungi 2,041 gram dadah jenis syabu di terminal bas di sini.

Tangkapan pada jam 9 malam, Selasa lalu itu dilakukan JKDM Cawangan  Narkotik  Kuching  dengan kerjasama Cawangan Penguatkuasaan Bintulu
membabitkan anggaran nilai sebanyak RM102,050.

Pengarah Kastam Sarawak, Datuk Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata,
seorang lelaki berusia 27 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan. 

"Lelaki terbabit telah menuntut satu parcel yang disyaki mengandungi dadah di terminal bas Bintulu.  

"Dadah ini dihantar dengan menggunakan  perkhidmatan  kargo  bas  antara bandar dari Miri ke Bintulu,"katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,dadah terbabit dipercayai untuk diedar dan dijual di pasaran tempatan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam pada itu, Halimah memohon kerjasama orang  awam  untuk memberi  kerjasama  dengan  menyalurkan maklumat  berkaitan  sebarang  aktiviti  penyeludupan  barang  larangan  seperti  rokok, minuman keras, mercun dan dadah dengan menghubungi Talian Bebas Tol Kastam 1-800-88-8855,  laman  sesawang  aduan  awam  iaitu http://aduan.customs.gov.my  atau mana-mana  Pejabat  Kastam  yang  berhampiran  di  semua  negeri. 

"Pihak  JKDM  juga memberi jaminan identiti setiap pemberi maklumat adalah dirahsiakan,"katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »