BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Kastam rampas rokok, arak seludup di Miri


MIRI: Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Sarawak Cawangan Miri merampas sebanyak 454,520 batang rokok dan minuman keras pelbagai jenama sebanyak 535.86 liter  
melibatkan anggaran nilai sebanyak RM 93,291.77 dan jumlah cukai sebanyak RM 342,983.90 dalam dua serbuan berasingan di Miri, Rabu lalu.

Pengarah Kastam Sarawak,Dato' Sharifah Halimah Tuanku Taha berkata, dua buah kenderaan iaitu jenis van dan sebuah lori jenis lori kotak turut dirampas dengan keseluruhan nilai rampasan termasuk cukai yang  terlibat adalah sebanyak RM 436,275.67.

Menurutnya, dalam kes pertama pada jam 11.10 pagi, sepasukan anggota Cawangan Penguatkuasaan Kastam Miri telah menyerbu sebuah ladang kelapa sawit di Kampung Keluru Jaya.


"Hasil pemeriksaan, pasukan telah berjaya menemui sebuah kenderaan jenis van yang diletakkan di dalam ladang kelapa sawit berkenaan.

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas kenderaan tersebut, pasukan telah
menemui sejumlah minuman keras pelbagai jenama yang dipercayai belum lulus kastam yang disimpan dalam kenderaan berkenaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya,sebanyak 535.86 liter minuman keras pelbagai jenama telah dirampas yang melibatkan anggaran nilai sebanyak RM 2,959.37 dan anggaran jumlah cukai yang terlibat adalah sebanyak RM 8,535.45. 

"Dalam kes berasingan pada jam 11.20 pagi,anggota yang sama telah berjaya menemui sebuah lori jenis lori kotak yang mencurigakan sedang di letakkan di sebuah tempat tidak jauh dari lokasi yang pertama. 

"Hasil permerhatian yang dijalankan melalui cermin kenderaan tersebut, pasukan mendapati terdapat sejumlah rokok yang dipercayai belum lulus kastam diletakkan dalam kenderaan terbabit," katanya.

Katanya,siasatan awal yang dijalankan di lokasi kejadian, tiada seorang pun yang mengaku pemilik kepada kenderaan dan barangan tersebut. 

"Hasil pemeriksaan yang dijalankan ke atas lori tersebut, pasukan berjaya
menemui sejumlah rokok pelbagai jenama yang dipercayai belum lulus kastam. 

"Pasukan telah bertindak menyita dan menarik kenderaan beserta barangan muatannya sekali balik ke pejabat untuk siasatan lanjut," tegasnya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 135 Akta Kastam 1967.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »