BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Karnival Pendidikan Tinggi Negara di Pusat Konvensyen Borneo 21 - 22 Mac



KUCHING, 1 Mac: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak akan mengadakan Karnival Pendidikan Tinggi Negara (KPTN) atau Karnival Jom Masuk IPT 2020 Zon 7 Sarawak di Pusat Konvensyen Borneo (BCCK), di sini, dari 21 hingga 22 Mac depan.

Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Datuk Dr Jamil Hamali berkata pihaknya mensasarkan seramai 10,000 atau 15,000 orang pengunjung ke karnival dua hari itu yang bermula jam 9 pagi sehingga 5 petang.

"Sebanyak 60 universiti atau institusi pengajian tinggi yang ada di negara akan menyertai karnival terbabit,"katanya ketika mengadakan sidang media karnival itu sebagai tuan rumahnya tahun ini, di sini, hari ini.


Antaranya ialah Universiti Malaya, Universiti Malaysia Sarawak, Universiti Malaysia Sabah, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Putra Malaysia, Universiti Malaysia Kelantan, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Universiti Pertahanan Nasional Malaysia dan banyak lagi. 

Jamil berkata sebanyak 80 gerai pameran akan dibuka bagi membolehkan pengunjung karnival memorials samada mereka layak memasuki universiti atau institusi pengajian tinggi diminati atau memilih kursus pengajian bersesuaian kelayakan akademik mereka.

"Pengunjung juga boleh bertanya terus (kepada universiti atau institusi pengajian tinggi) apa masa depan program pengajian terbabit dan bila sudah bergraduaan nanti adakan pekerjaan bagi mereka,"katanya.

Beliau berkata UiTM Cawangan Sarawak juga akan mengeluarkan surat tawaran sementara kepada lepasan sekolah yang didapati layak mengikuti program pengajian mereka sementara menunggu kelulusan UPU.

"Saya tidak boleh bercakap mengenai institusi penagjian tingi lain, mereka mungkin ada strategi sendiri, tetapi pengambilan pelajar baharu semua instiusi pengajian tinggi awam dan swasta diuruskan oleh Unit Pendaftar Universiti (UPU) mulai tahun ini,"katanya.

Sehubungan itu pihaknya mengalukan lepasan sekolah terutama menerima Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) baharu-baharu ini untuk mengunjungi karnival setahun sekali itu dengan membawa sijil STPM mereka.

Jamil berkata pihaknya juga akan menyediakan pengangkutan bas bagi orang ramai yang mahu mengunjungi karnival itu di BCCK dan orang ramai boleh mengenalpasti tempat persinggahan dan pengambilan penumpang bas terbabit.
tamat

keterangan gambar;

1. Profesor Datuk Dr Jamil Hamali (tengah) ketika mengadakan sidang media Karnival Pendidikan Tinggi Negara  atau Karnival Jom Masuk IPT 2020,di sini, hari ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »