BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jawatan TPM : KKLW dan JKR lebih baik untuk Sarawak


KUCHING: Sarawak tidak melihat jawatan Timbalan Perdana Menteri sebagai keutamaan, kata Ahli Parlimen Santubong Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Beliau berkata, perkara yang lebih penting adalah mengenai Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan hak-hak Sarawak.

"Jawatan Timbalan Perdana Menteri bukan isu utama bagi Sarawak.

"Apa yang lebih penting ialah mengiktiraf MA63 selain merealisasikan empat perkara yang sering disebut oleh Ketua Menteri Sarawak termasuk soal hutan, tanah, imigresen dan sumber negeri Sarawak," katanya.

Namun, katanya, beliau berpandangan adalah penting bagi pemimpin Sarawak untuk berada dalam kabinet.

"Ini bagi membolehkan pemimpin Sarawak memantau perkara yang dibincangkan dalam kabinet,” ujarnya.

Beliau turut berharap pemimpin Sarawak yang diberi peluang menyandang jawatan dalam kabinet diberi kementerian yang sesuai untuk terus membangunkan Sarawak.

"Antara kementerian yang cukup relevan untuk terus meningkatkan taraf hidup rakyat di Sarawak ialah Kementerian Pembangunan Luar Bandar, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »