BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Jangan pilih Empigit


Muhyiddin teliti, dinasihat tidak pilih pepijat

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Sebagai anak kepada tuan guru, yang pernah menjadi guru kepada Mat Indera pejuang kemerdekaan, sebagai seorang yang kuat didikan agamanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat cukup berhati-hati terutama dalam memilih dan melantik barisan menteri barunya.

Beliau diingatkan sebelum ini dinasihatkan jangan bawa masuk kabinet pijat-pijat yang lari apabila tilam terbakar.

Pada ketika ini banyak pepijat yang menghisap darah ketika kita tidur nyenyak sebelum ini kepanasan, meroyan sana sini kerana tilam mereka sudah hangus terbakar.

Muhyiddin juga nampaknya mengambil langkah serupa Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang sangat teliti dalam memilih dan melantik siapa ketua baru negara.

Jika YDPA mengumumkan perlantikan baru Perdana Menteri Malaysia selepas beberapa hari menjalankan proses saringan termasuk menemubual setiap Ahli Parlimen dari semua parti politik, tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pemerintah yang menjemput semua parti politik datang ke Istana Negara.

Perkara itu menunjukkan ketelitian baginda dalam mempertimbangkan sesuatu perkara demi masa depan negara, malah yang paling utama menyerahkannya kepada Allah.

Mungkin ada petunjuk Allah yang diambil dan diterima YDPA dalam membuat keputusan yang menjadi rahsianya sebagai hamba dan tidak wajar dipertikaikan oleh sesiapa.

Begitulah juga Muhyiddin apabila dia enggan mengulangi kesilapan PH, beliau kini dilihat mengambil langkah mencari nasihat yang betul untuk tindakan yang betul tentulah dari pihak yang bersih.

Semalam, menerusi facebook Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin memaklumkan dia dijemput Muhyiddin ke kediamannya, mereka solat jemaah dan makan bersama.

Muhyiddin dikatakan meminta nasihat Asri, seorang mufti yang paling lantang menyuarakan pendapat, bukan dari mana-mana pemimpin parti politik yang nampaknya secara berterusan menggunakan media sebagai alat menyampaikan pesanan atau kritikan ke atas Perdana Menteri ke lapan itu.

Menurut Asri, beberapa kriteria yang disenaraikan Muhyiddin seperti nama-nama calon menteri mesti melalui tapisan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Muhyiddin juga turut menyatakan bahawa senarai Kabinet itu terdiri daripada mereka yang tidak menipu dalam sijil akademik dan bersih daripada sebarang kegiatan rasuah.

Nampaknya Muhyiddin tidak mahu mengulangi silap pemimpin PH yang melantik beberapa menteri yang menipu sijil akademik mereka, juga pemimpin DAP yang ketika itu sedang dibicara kes rasuah.

Pada sidang media 8 Mac, Ahli Parlimen Pontian, Datuk Ahmad Maslan mendedahkan ribuan NGO Melayu Islam dianaktirikan PH, terbiar tanpa peruntukan selama 22 bulan pentadbiran mereka.

Ini membuktikan benar hipotesis bahawa kerajaan PH DAP meminggirkan Melayu dan Islam.

Oleh yang demikian tidak hairanlah Muhyiddin keluar PH dan sertai PN kerana tidak mahu kerajaan dengan DAP Rasis.

Asri turut menyampaikan harapan rakyat kepada Muhyiddin supaya memilih para menteri yang jujur, cekap, tidak memusuhi perkara-perkara asas dalam negara terutama Islam dan tidak membuat kenyataan-kenyataan yang memperbodohkan rakyat.

Mengambil maksud tersirat Asri janganlah memilih di kalangan pemimpin daripada PH yang sebelum ini yang dilihat secara berterusan memusuhi, menghina, mempertikaikan YDPA, Institusi Raja-raja Melayu, melanggar Perlembagaan serta mengeluarkan kenyataan memperbodohkan rakyat.

Sebagai contoh dalam isu penjualan aset Tabung Haji, percanggahan beberapa kenyataan pemimpin dari ayat jual kepada ayat pindah milik bertukar pula kepada tak lupus aset dan akhirnya sah jual, kenyataan yang hanya cuba mengelirukan rakyat yang tidak bodoh.

Begitu juga dalam isu pembebasan militan LTTE bukan sahaja mengejutkan rakyat tetapi melemahkan segala sistem keadilan negara, bahkan cuba menunjukkan mereka berupaya membelakangi Muhyiddin sebagai Menteri Dalam Negeri yang tidak dimaklumkan awal mengenai tindakan itu.

Sebagaimana komentar penulis sebelum ini dan diulangi semula untuk ingatan bersama, barisan kabinet yang diharapkan rakyat adalah bersih dan mesti nampak bersih tetapi bersih dan nampak bersih sahaja tidak cukup.

Ia memerlukan lebih daripada itu kerana rakyat berharap dan menjangkakan apa boleh diberi kerajaan baru lebih baik berbanding kerajaan sebelum ini.

Motto bersih dan nampak bersih adalah lanjutan daripada motto yang diamalkan oleh perkhidmatan awam kerajaan UMNO BN iaitu BERSIH, CEKAP DAN AMANAH.

Ini bermakna pemimpin itu bukan sahaja bersih dan nampak bersih tetapi juga mesti cekap dan amanah menjalankan tugas mereka.

Tetapi akhirnya kepada Allah jua kita semua berserah semoga keputusan barisan kabinet baru petang ini memberi nafas baru kepada masa depan Malaysia sebagai bumi berdaulat.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »