BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Itali catat 475 kematian sehari, rekod 4,000 kes baru sehari


ROME - Itali merekodkan angka kematian sehari tertinggi akibat Covid-19 sejak kes pertama wabak itu dikesan di China.

Civil Protection Agency (CPA) negara itu mengumumkan 475 kematian dengan jangkitan lebih 4,000 sehari.

CPA turut mengumumkan sebanyak 4,207 kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 31,506 to 35,713.

Angka terkini itu memberi harapan bahawa langkah lockdown telah memperlahan penyebaran virus Covid-19 di negara itu, kata Ketua Kesihatan Itali, Silvio Brusaferro.

BERNAMA melaporkan, China menghantar pakar, peralatan perubatan ke Itali

Penerbangan sewa khas yang membawa 12 pakar perubatan China serta lebih 17 tan peralatan perubatan berlepas ke Milan pada Rabu untuk membantu Itali yang sedang bertungkus-lumus memerangi wabak novel koronavirus (COVID-19), lapor agensi berita Xinhua.

Dikendalikan China Eastern Airlines, penerbangan itu berlepas kira-kira pukul 11.26 pagi dari Lapangan Terbang Antarabangsa Shanghai Pudong dan dijadual tiba di Milan pada 4.31 petang Rabu waktu tempatan.

Pakar itu datang dari beberapa hospital serta pusat kawalan dan pencegahan penyakit di wilayah Zhejiang, timur China.
Peralatan itu termasuk ubat-ubatan, kelengkapan perlindungan serta alatan yang digunakan di unit rawatan rapi seperti ventilator dan monitor.


Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »