BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

I-Cats tawar kursus PLC di PPKS Tabuan Jaya


KUCHING: Pusat Pembangunan Kemahiran Sarawak (PPKS) Tabuan Jaya, Kuching dipilih sebagai pusat latihan Basic Programmable Logic Control (PLC) dalam Automation System and Wireman Grade II (Single Phase)

Kursus jangka pendek ini ditaja sepenuhnya Tabung Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) dan akan diadakan pada minggu ketiga Mac 2020.

Kursus itu bertujuan untuk memperkasa kemahiran dan pengetahuan dalam industri berkaitan di pekerja industri kecil dan sederhana (SME).

Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Antarabangsa Teknologi Lanjutan Sarawak (i-CATS) Mohamad Isham Fauzi berkata, pihaknya berkongsi peluang keemasan ini kepada majikan SME dan HRDF yang berdaftar dan tidak berdaftar untuk memperkasa pengetahuan berkaitan industri masing-masing.

“Dengan kemunculan Ekonomi Digital dan Revolusi Industri 4.0 di Malaysia, satu trend yang ketara ialah peningkatan penggunaan automasi untuk SME, terutamanya dalam sektor perkilangan.”

“Kursus Pengawal Logik Programmable Asas (PLC) selama 3 hari dalam kursus Sistem Automasi akan menjadi langkah pertama yang sangat penting bagi SME untuk menguruskan kos dengan berkesan, meningkatkan produktiviti dan mengembangkan jangkauan pasaran mereka. Ini akan menjadi cara yang menarik untuk SME untuk mengubah operasi mereka,” katanya.

Kursus Kelas Gred II (Single Phase) akan diadakan selama lima hari.

Mohamad Isham berkata, karier sebagai pendawai dan penjaga jentera yang cekap mempunyai prospek yang amat baik di Sarawak.

“Banyak inisiatif pembangunan strategik di Sarawak ditambah dengan sasaran negara kita untuk mencapai elektrifikasi penuh menjelang 2025, banyak peluang pekerjaan menunggu pelatih kursus ini,” katanya.

Pendaftaran untuk kursus-kursus pendek diadakan secara berterusan. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Mahathir  Abang (untuk Kursus Pendek PLC: 082-364198, 016-7155398) atau  Endra Mulia Askor (untuk Kursus Pendek Wireman: 082-364241, 010-5657076). Mereka yang berminat adalah dijemput mendaftar secara dalam talian melalui laman web Skills Sarawak '(www.ppks.edu.my)

Caption
Mohamad Isham (duduk tengah)menunjukkan risalah maklumat Skim Kemahiran SME.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »