BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hina Agong: Dua lagi ditahan

 
KUALA LUMPUR: Dua lelaki ditahan kerana hina Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di laman sosial Facebook, menjadikan jumlah tangkapan setakat ini tiga individu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Huzir Mohamed berkata dua lelaki itu, masing-masing ditahan di Sandakan, Sabah dan Sungai Buloh, Selangor semalam.

“Mereka ini akan direman (untuk siasatan) dan keputusan sama ada mereka ini akan dituduh (di mahkamah) atau tidak akan diputuskan oleh Pejabat Peguam Negara.

“Pihak polis akan terus ambil tindakan untuk mengelak perkara ini (perbuatan menghina Yang di-Pertuan Agong) berterusan,” katanya kepada pemberita di Bukit Aman di sini, semalam.


Sementara itu, beliau berkata seorang pemilik akaun Twitter yang memuat naik status mempunyai unsur-unsur hasutan akan dipanggil untuk memberi keterangan esok.

“Polis tidak mahu ketenteraman awam terganggu dan akan ambil tindakan sewajarnya,” katanya. 

Semalam, Huzir dilapor berkata polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 35 tahun kerana memuat naik status menghina Al-Sultan Abdullah di laman sosial Facebook.

Beliau berkata kes itu disiasat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan iaitu kecenderungan menghasut dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian.

Dalam perkembangan lain, Huzir berkata pihaknya telah membuka kertas siasatan berhubung satu perhimpunan haram yang  diadakan berdekatan sebuah pusat beli-belah di ibu negara semalam.

“Polis sedang kenal pasti siapa yang hadir dalam perhimpunan itu dan akan jalankan siasatan sewajarnya,” katanya.

-- BERNAMA

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »