BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Hasrat buru babi hutan berakhir tragedi


KAPIT: Hasrat lima lelaki memburu babi hutan di kawasan hutan Hulu Selentang, di sini, berakhir tragedi apabila salah seorang mereka maut manakala seorang lagi mengalami kecederaan setelah terkena tembakan.

Dalam kejadian yang berlaku tengah hari semalam,mangsa yang maut dikenali Ricky Dom,43, dari Rumah Emak, Sungai Sut, sementara rakannya yang merupakan pelajar tingkatan dua berusia 14 tahun di salah sebuah sekolah menengah di Kapit cedera di bahu.

Ketua Polis Daerah Kapit, DSP Freddy Bian berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes jam 7.42 malam tadi.

"Loparan dibuat bapa tiri mangsa yang menyatakan anak tirinya bersama rakan 
ditembak oleh orang yang tidak dikenali semasa memburu.

"Anak tirinya memberitahu bahawa mereka telah ditembak oleh orang yang tidak dikenali dari arah hadapan,” katanya di sini hari ini.

Katanya, kedua-dua mangsa masuk ke dalam hutan manakala tiga yang lain 
 menunggu di hujung jalan dan akan masuk ke hutan sekiranya ada terdengar bunyi tembakan.

"Bapa tiri mangsa terkejut apabila terdengar suara orang menjerit  dan ternampak anak tirinya terduduk dengan keadaan berdarah di bahagian bahu kanan, manakala si mati terbaring dalam keadaan berlumuran darah di bahagian muka,"ujarnya.

Katanya, bapa tirinya membawa anak tirinya ke Hospital Kapit untuk mendapatkan rawatan dan seterusnya  ke Balai Polis Kapit untuk membuat laporan.

"Pihak Polis turut merampas selaras senapang patah, sebutir kelongsong, lesen memiliki senjata api dan peluru milik si mati,"jelasnya.

Beliau berkata,pihak polis masih memburu suspek dalam kejadian itu dan mereka yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Sivaneswaran ditalian 016 - 7031482.

Kes disiasat di bawah Seksyen 304A Kanun Keseksaan (KK) dan Seksyen 37 Akta Senjata 1960.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »