BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Harga siling topeng RM2 sekeping, Alex


PUTRAJAYA, 20 Mac -- Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) membenarkan import penutup mulut dan hidung bagi mengatasi kekurangan bekalan di pasaran domestik ekoran penularan wabak COVID-19.

Menterinya, Datuk Alexander Nanta Linggi, berkata kebenaran untuk mengimport berkuat kuasa semalam itu adalah susulan harga siling penutup mulut dan hidung yang dinaikkan daripada 80 sen sekeping kepada RM2 sekeping sekarang. 

KPDNHEP berharap langkah ini akan menggalakkan peniaga mengimport penutup mulut dan hidung dalam waktu terdekat, katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan 12 pemain industri sektor peruncitan di pejabat KPDNHEP, di sini, hari ini.

“Kalau KPDNHEP masih hadkan harga siling 80 sen sekeping, pengusaha dan kilang tidak lagi mampu mengeluarkan penutup mulut dan hidung,” katanya sambil menambah ia disebabkan kenaikan harga bahan untuk menghasilkan produk tersebut. 

Kata Nanta, sebelum ini  KPDNHEP sudah melaksanakan larangan mengeksport penutup hidung dan mulut ke luar negara supaya bekalan dalam negara ditingkatkan. 
-- Bernama

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »