BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Harga RON95 RM1.44 sen, duduk diam diam kat rumah 不不不

KUCHING: Harga runcit petrol RON95 turun 38 sen seliter kepada RM1.44 sen manakala RON97 turun sebanyak 36 sen kepada RM1.74.
Manakala diesel turun 12 sen kepada RMN1.75.

Ia adalah penurunan kali ketiga di bawah pentadbiran Kerajaan Perikatan Nasional. 

Pada minggu lalu, harga runcit petrol RON95 turun tujuh sen seliter kepada RM1.82 sen manakala RON97 dan diesel masing-masing turun sebanyak sembilan sen kepada RM2.10 (RON97) dan RM1.87 (diesel).'

Harga runcit produk petroleum berkenaan adalah bagi tempoh 21 hingga 27 Mac ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan minggu lalu berkata, penetapan harga itu dibuat berdasarkan harga runcit produk petroleum secara minggu menggunakan formula Mekanisme Harga Automatik (APM).

"Ketidaktentuan harga minyak mentah dunia pada masa ini dipengaruhi oleh ketidaksefahaman pengeluaran antara negara pengeluar minyak utama dunia serta wabak COVID-19 yang memberi kesan kepada ekonomi global," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »