BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Guna tentera jika masih degil


KUALA LUMPUR: Kerajaan mungkin terpaksa menggunakan tentera untuk mengawal pergerakan rakyat Malaysia jika masih berdegil dan tidak patuh kepada perintah kawalan pergerakan.

Menteri Kanan yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, buat masa ini, polis masih menggunakan pendekatan menasihati.

Katanya, anggota polis masih boleh menggunakan kuasa yang lebih keras ke atas mereka yang gagal mematuhi arahan.

"Untuk hari pertama, hanya 60 peratus sahaja pematuhan direkodkan. 

"Sebanyak 504 sekatan jalan raya dilakukan semalam di mana 6,135 kenderaan telah diperiksa," katanya.


Beiau berkata,  jika ia berterusan, atau gagal mencapai lebih 70 peratus pematuhan, pendekatan yang lebih keras akan dilaksanakan.

Katanya, ia termasuk memberikan laluan kepada Angkatan Tentera Malaysia untuk membantu pelaksanaan ini.

"Kita harap rakyat boleh mendisiplinkan diri dalam tempoh ini," katanya.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »