BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Geng Ah Ho aktif curi kereta Brunei tumpas, kereta bernilai RM200,000 dijumpai semula




MIRI : Polis berjaya menumpaskan sindiket curi kenderaan milik rakyat Brunei berikutan tertangkapnya lima anggota kumpulan Geng Ah Ho menerusi beberapa siri tangkapan sejak 19  Februari lalu hingga kelmarin.


Ketua Polis Daerah Miri, Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, sindiket itu diketuai oleh seorang suspek yang mempunyai 10 rekod jenayah lampau melibatkan kegiatan sama, pecah rumah dan penyalahgunaan dadah.


Beliau berkata, kesemua suspek berusia 34 hingga 44 tahun ditahan menerusi Ops Lejang dijalankan oleh sepasukan anggota dari Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) diketuai Inspektor Fredly Juing.



“Suspek utama ditahan di tepi Jalan Tudan-Permy sebelum membawa kepada penahanan empat rakannya di empat kediaman berasingan iaitu Jalan Airport, Jalan Luak Bay, Jalan Pujut dan Jalan Lutong-Kuala Baram.


“Susulan penahanan itu, polis merampas tujuh kenderaan termasuk jenis Toyota Vios dan Hilux,” katanya dalam siding akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Miri di sini hari ini.


Mengulas lanjut, beliau berkata, nilai rampasan kesemua kereta dirampas adalah kira-kira RM200,000.


Beliau berkata, penahanan suspek dapat menyelesaikan 15 kes iaitu kecurian kenderaan, samun, khianat dan cuba curi. 


Tambahnya, polis kini sedang mengesan baki beberapa rakan suspek yang masih bebas dan kenderaan belum dijumpai.


“Hasil siasatan awal mendapati geng itu mula aktif sejak enam bulan lalu dan mensasarkan kenderaan Brunei.


“Modus operandi digunakan suspek ialah mereka akan pecahkan cermin belakang kereta bahagian penumpang khasnya kenderaan dari negara brunei dan seterusnya mematikan penggera dengan menggunakan drill dan menghidupakn kenderaan tersebut dengan "e-lengkie" telah diubah suai untuk dijadikan kunci kereta.


“Kesemua suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut seksyen 379 kanun keseksaan keran mencuri kenderaan,”katanya.





Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »