BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Gabenor : Itjima Dunia batal



Jakarta - Acara Itjima Dunia Zon Asia di Gowa, Sulawesi Selatan (Sulsel) rasmi dibatalkan.

Akhbar News Detik melaporkan keputusan itu dicapau setelah pihak berkepentingan bersetuju program itu ditangguhkan ke satu tarikh lain.

“Hasil perbincangan dengan pihak penganjur di Giwa dan Sulsel, kami memutuskan acara ljtima Jamaah Tabligh yang akan berlangsung besok resmi kita batalkan," ujar Gubernur Sulsel Nurdin Abdullah dalam instagramnya.

Nurdin menjelaskan, acara ijtima  sejak awal telah diminta ditunda karena untuk mencegah penyebaran virus corona.

Nurdin menyebut pihak kerajaan di Gowa dan polis akan bekerjasama untuk memantau kepulangan jemaah ke lokasi masing-masing selain melaksanakan prosedur yang sewajarnya.

“Saya mengingatkan masyarakat tenang dalam perkara ini. Kami berkomitmen tinggi untuk menjaga seluruh warga dari kemungkinan penularan virus Covid-19,” kata Nurdin.

BERNAMA melaporkan ada rakyat Malaysia menyertai perhimpunan Tabligh di Sulawesi

Acara Ijtima of Asia 2020 di Indonesia yang dilaporkan bakal dihadiri ribuan jemaah tabligh, dipercayai turut dihadiri rakyat Malaysia. 

Jurucakap Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta berkata meskipun pihak kedutaan telah mengeluarkan larangan agar rakyat Malaysia tidak menghadiri program itu, dipercayai berpuluh-puluh orang dilaporkan sudah berada di sana.

"Belum ada jumlah tepat rakyat Malaysia yang menghadiri acara itu, kami  sedang berusaha mengesan mereka yang terbabit," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata berdasarkan notis konsular agar rakyat Malaysia yang berada di Indonesia mendaftar menerusi e-mel dengan kedutaan di mwjakarta@kln.gov.my atau jkonsular@gmail.com, dipercayai turut didaftar ialah beberapa individu yang menyertai acara itu.

Menurut sumber Bernama, sejumlah 83 rakyat Malaysia telah berada di Sulawesi untuk menyertai acara itu, yang turut dihadiri jemaah tabligh dari 48 negara lain.

Bagaimanapun, media tempatan melaporkan pihak berkuasa Indonesia tidak mengeluarkan sebarang surat keizinan (permit) untuk acara itu yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 22 Mac, dan dalam proses berunding dengan pihak penganjur agar mereka bersurai.

Pada 27 Feb hingga 1 Mac lepas, dilaporkan lebih 10,000 orang menghadiri perhimpunan Tabligh di Masjid Sri Petaling, Kuala Lumpur yang kemudian ada antara pesertanya didapati positif COVID-19 dan telah menyumbang kepada peningkatan kes itu di Malaysia.

Pada 14 Mac lepas, Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta dalam satu notis konsular melarang rakyat Malaysia untuk tidak menyertai sebarang perhimpunan atau acara berskala besar di Indonesia susulan pandemik COVID-19, termasuk menghadiri acara perhimpunan itu.

Kredit gambar detik.com



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »