BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

"Functional" kabinet Muhyiddin Yassin


Pilih pakar dalam bidang, barisan kabinet harapan rakyat

Oleh Wan Noor Hayati Wan Alias

Pemilihan barisan "functional cabinet", istilah yang diberi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah 
paling tepat setakat ini dalam sejarah.

Setelah 10 hari lantikan Muhyiddin sebagai PM ke lapan, beliau akhirnya tidak memilih pijat-pijat yang kepanasan setelah tilam terbakar sebaliknya memilih kalangan yang bersih dan nampak bersih.

Pepatah Melayu seperti sirih pulang ke gagang. Meletakkan yang betul tepat pada tempatnya.

Misalnya Mufti Wilayah Persekutuan,  Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri dilantik sebagai Menteri Agama adalah perlantikan yang tepat kerana memberikan jawatan negara kepada orang yang benar-benar ahli.

Kita berharap dasar dan perlaksanaan hal ehwal Islam akan lebih selaras dan dihormati ramai, berbeza pada masa menteri rahmatanill alamin.

Harapan rakyat, menteri baru tidak mengeluarkan fatwa yang memburukkan Islam, undang-undang syariah yang menjatuhkan Islam dan memberi imej buruk terhadap islam.

Dr Zulkifli bukan ahli politik, sekali gus mengikut Quran Islam ia adalah 'addin' (Islam sebagai cara hidup) dalam semua kehidupan.

Tidak seperti yang pernah dikatakan Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi temubualnya nampak di Australia iaitu mesti asingkan agama dan politik.

Lagi pemilihan bukan politik tetapi mengikut kepakaran yang terbukti mampu mengurus wang adalah, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang dilantik sebagai Menteri Kewangan.

Pengalaman beliau sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif CIMB Group Holdings Berhad, beliau juga berpengalaman luas mengisi pelbagai jawatan seperti di Maybank Investment Bank Berhad dan Maybank Kim Eng Holdings ialah sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Berbeza dengan pilihan bekas Menteri Kewangan kerajaan Pakatan Harapan apabila sijil akauntannya diragui sahih.

Sama seperti al Quran kata jika berikan sesuatu kepada yang bukan ahlinya tunggulah saat kehancurannya.

Selari dengan analisis penulis sebelum ini, barisan kabinet yang diharapkan rakyat adalah bersih dan mesti nampak bersih tetapi bersih dan nampak bersih sahaja tidak cukup.

Ia memerlukan lebih daripada itu kerana rakyat berharap dan menjangkakan apa boleh diberi kerajaan baru lebih baik berbanding kerajaan sebelum ini.

Barisan pemimpin inin bukan sahaja bersih dan nampak bersih tetapi juga mesti cekap dan amanah menjalankan tugas mereka.

Jika dilihat penilaian oleh anak kepada guru pejuang kemerdekaan yang dikenali Mat Indera, Muhyiddin memilih Ahli Parlimen yang berpengalaman dalam politik sebagai Menteri Kanan.

Malah Perdana Menteri Singapura, Goh Chong Tok juga melantik bekas Perdana Menteri negara itu Lee Kuan Yew pada tahun 1990 sebagai Menteri Kanan bagi membantu kerajaan.

Untuk rekod, Kuan Yew adalah Perdana Menteri paling lama memegang jawatan di dunia iaitu antara 1959 hingga 1990, malah sistem politik Singapura agak unik di mana selain jawatan Menteri Kanan, mereka juga ada Menteri Mentor untuk membantu Perdana Menteri.

Bagaimanapun cara luar kotak Muhyiddin lebih mantap, apabila dia melantik bukan seorang malah empat Menteri Kanan dari empat parti berbeza, memang tepat menggantikan tugas Timbalan Perdana Menteri.

Empat menteri kanan itu juga akan mempengerusikan mesyuarat Kabinet apabila beliau tiada di dalam negara.

Bandingkan dengan Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail sebagai TPM sebelum ini, warga media tahu benar tahap dan kebolehannya.

Muhyiddin turut memilih 11 Ahli Parlimen dari Sarawak untuk menerajui kabinet termasuk Datuk Seri Fadillah sebagai Menteri Kanan, yang diibarat sebagai satu penghargaan besar buat rakyat Sarawak yang selama ini rasa dipinggirkan.

Ada wakil setiap parti dalam kabinet, PAS, MCA, MIC dan UMNO, dan wakil profesional yang bukan sebab politik tetapi sebab kepakaran mereka.

Sebagaimana yang dimaklumkan, para profesional akan dilantik sebagai Senator terlebih dahulu bagi membolehkannya dilantik ke dalam kabinet.

Oleh itu Muhyiddin dinasihatkan juga melantik wakil media dan industri hiburan sebagai Senator agar tidak ada yang tercicir.

Media sebagai watchdog kepada kerajaan, bukan sebagai ahli parti atau politik.

Khairi Jamaluddin sebagai Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, diharap beliau boleh memahami keperluan semasa membawa negara ke hadapan dengan memberi tumpuan kepada infrastruktur internet.

Sedangkan zaman ini  adalah zaman internet, bukan zaman kereta lembu segalanya mesti bertindak dan berfikir lebih pantas untuk membawa kepada negara maju.

Jika orang politik 'tua' nak berwasap pun tidak tahu, bagaimana nak bawa negara ke dalam era digital dan internet?

Jadi sebagai rakyat, kita sewajarnya memberi peluang kepada  Muhyiddin untuk membentuk sebuah kabinet harapan rakyat.

Dengan penyampaian perkhidmatan yang lebih berfokus dan berkesan, cekap, peduli rakyat, telus dan berintegriti serta struktur yang lebih mantap.

Apa yang lebih penting lagi kabinet yang dibentuk dipercayai sukar untuk menerima maklumat yang salah, atau diberi maklumat yang salah.



*Penulis adalah Ahli Mangku Negara, Tokoh Wartawan Rakyat dan Anugerah Kajai 2014.

Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili Gago Daily



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »