BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Fasiliti sukan terpilih ditutup sementara

 
KUCHING: Kementerian Belia dan Sukan Negara mengarahkan faisiliti MSN dan ISN yang telah dikunjungi atlet positif Covid-19 ditutup sementara.

Hari ini laporan seorang atlet negara, Jackie Wong yang telah didapati positif covid-19 dipercayai dijangkiti daripada ayah beliau yang juga didapati positif covid-19. 

Atlet tersebut telah pun pulang ke Sarawak pada 11 Mac 2020 dan dikuarantin di Hospital Sibu.

Menteri Belia dan Sukan Dato Sri Reezal Merican Naina Merican berkata, penutupan fasiliti untuk proses pembasmian / sanitasi dan dijangka selesai dalam masa 2-3 hari.

Beliau berkata, jurulatih, pegawai dan atlet yang pernah berhubung rapat dengan atlet tersebut akan diasingkan.

"Dengan kerjasama dan mengambil kira nasihat dan arahan KKM atlet-atlet, jurulatih dan pegawai yang pernah berhubung rapat (close contact) dengan atlet tersebut dinasihati untuk ‘self-quarantine’ di asrama, menjalani ujian
‘screening’ dan menurut nasihat KKM yang selanjutnya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Reezal Merican berkata, penutupan sementara sebagai langkah segera untuk keselamatan dan kesihatan atlet pelbagai acara sukan.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »