BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

DUN Sarawak bersidang sehari sahaja


KUCHING: Berikutan penularan wabak COVID-19 yang melanda Negara ketika ini, Mesyuarat Pertama Bagi Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Sarawak Ke-18 akan diadakan satu hari sahaja iaitu pada Isnin (13 April) pada jam 9.00 pagi di Dewan Mesyuarat, Bangunan Dewan Undangan Negeri Sarawak.

Setiausaha Dewan Undangan Negeri Sarawak dalam kenyataan berkata, sehubungan itu, tiada Istiadat Pembukaan Penggal dan Majlis Jamuan Negeri
akan diadakan pada hari tersebut.

"Hanya pihak media, Ahli-Ahli Pentadbiran termasuk Setiausaha Politik, Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Ketua-Ketua Jabatan sahaja yang akan menghadiri persidangan tersebut," katanya.

Beliau berkata, orang awam dan pelawat tidak dibenarkan untuk datang menyaksikan persidangan bagi mengurangkan risiko penularan wabak.

Menurutnya, pihak Dewan Undangan Negeri Sarawak memohon maaf di atas sebarang kesulitan yang berlaku.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »