BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Duduk rumah, tonton TV - PM


KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, selama  tempoh dua minggu, rakyat hanya perlu berada di rumah dan meluangkan masa bersama keluarga.

Beliau berkata, tujuan Perintah Kawalan Pergerakan supaya orang ramai terhindar daripada jangkitan COVID 19 dan penularan wabak supaya dapat dibendung.

"Just stay at home. Luangkan masa bersama anak, isteri dan ahli keluarga. Tidak perlu keluar ke mana-mana.

"Inilah tujuan sebenar Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan oleh kerajaan. 
Tujuannya bukan untuk membolehkan saudara-saudari balik ke kampung, 
memenuhi jemputan kenduri, membeli belah di pasaraya, bersiar-siar di 
taman atau bercuti di tempat peranginan.

"Bukan. Tujuannya ialah supaya saudara-saudari duduk di rumah. Stay at home and protect yourself and your family," katanya.

Beliau menasihatkan orang ramai menghenti danmembatalkan rancangan untuk pulang ke kampung.

"Saya minta tolong untuk tempoh dua minggu ini sahaja. Please check against delivery Kenapa? Kerana kita hendak putuskan rantaian jangkitan. We want to break the chain of infection. Supaya jumlah orang yang dijangkiti wabak COVID-19 ini dapat dikurangkan," katanya.

Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan elak rakyat terdedah COVID-19

Perdana Menteri, juga menjelaskan penutupan sekolah, universiti dan sebahagian pejabat, premis perniagaan serta kilang ditutup selaras Perintah Kawalan Pergerakan bertujuan mengelakkan rakyat terdedah dengan jangkitan virus COVID-19.

"Tujuannya supaya saudara saudari tidak perlu bergerak ke sana- sini, tidak perlu bersesak di dalam LRT, MRT atau bas ke tempat kerja.

"Tidak perlu bersesak di kantin atau kedai makan di waktu rehat tengah hari.

"Anak-anak tidak perlu pergi ke sekolah, tidak perlu mengikuti aktiviti sukan dan lain-lain yang boleh mendedahkan jangkitan COVID-19," katanya dalam perutusan khas malam ini.

Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »