BREAKING NEWS
latest

728x90

header-ad

468x60

header-ad

Dua ditangkap melawan polis


DEBAK: Dua lelaki ditangkap kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan melanggar syarat Perintah Kawalan Keselamatan(PKP) dekat sini petang semalam.

Kedua-dua suspek yang berusia 30 dan 18 tahun berasal dari Kampung Debak Laut ditahan ketika cuba melepasi Sekatan Jalan Raya(SJR) yang dijalankan.

Semasa di tahan kedua-dua saspek bertindak kasar dan mempertikaikan tugas polis. Suspek juga di minta memberi pengenalan diri namun kedua-duanya enggan bekerjasama dan cuba melarikan diri.

Kedua-dua saspek juga gagal memberi keterangan yang munasabah berada di luar semasa tempoh PKP ini. 

Siasatan awal mendapati, suspek dalam perjalanan daripada Kampung Lalang ke Kampung Debak Laut tanpa ada alasan Dan tujuan yang mendesak.

Saspek juga mengakui bahawa sedia maklum berkaitan arahan PKP dan SJR yang berkuatkuasa.

Ketua Polis Daerah(KPD) Betong, DSP Zamry Alli mengesahkan tangkapan tersebut dan memberitahu kes dirujuk di bawah Seksyen 186 KK / Peraturan 7 (1) Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2020.

Suspek telah di tangkap dan dibawa ke Ibupejabat Polis Daerah (IPD) Betong untuk siasatan dan tindakan lanjut.

Ini merupakan tangkapan pertama sejak PKP dikuatkuasakan di kawasan Betong.



Mahu lebih banyak info? Join channel Telegram Gagodaily

« PREV
NEXT »